Windows 8 Mengeluarkan Ciri Keselamatan Terbaru Mereka Iaitu Kata Laluan Bergambar
Windows 8 Mengeluarkan Ciri Keselamatan Terbaru Mereka Iaitu Kata Laluan Bergambar
Dec 24Pelbagai cara bagi anda untuk mengesahkan diri pada komputer peribadi sendiri termasuklah memasukkan kata laluan, pengesahan muka melalui webcam komputer dan juga imbasan ibu jari. Kini terdapat cara baru yang diperkenalkan untuk mengesahkan diri oleh Microsoft bagi sistem operasi terbaru mereka iaitu Windows 8 dengan kata laluan bergambar (Picture Password). Mungkin ini pertama kali anda mendengarnya, apabila Windows 8 dilancarkan, kata laluan bergambar diharapkan satu ciri-ciri keselamatan yang patut ada pada sistem operasi terbaru tersebut.
Menurut blog Microsoft, kata laluan bergambar melibatkan pengguna imej pilihan mereka dan kemudian mengeluarkan satu siri gerak isyarat untuk membantu mengesahkan pengguna tersebut. Gerak isyarat ini boleh terdiri daripada garisan, bulatan dan juga titik sebagaimana yang digambarkan di bawah. Walau bagaimanapun menurut pencipta RSA SecurID, Kenneth Weiss, beliau seolah-olah berfikir bahawa ciri keselamatan ini tidak begitu selamat.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kata laluan bergambar pada Windows 8 anda boleh dapati di halaman blog rasmi Microsoft di SINI
Nota Kaki : Sape dah pasang Windows 8?


boleh plak letak password ye. hehe..
[Reply]
cybernetic88 Reply:
December 25th, 2011 at 11:31 am
@titan, haha. tau xpe. xpi xthu la secure ke x. kne try dlu cmni
[Reply]
alahai.. mmg tak selamat pun.. password dlm bentuk ******* jadi org x nmpk, tp gestures org boleh nampak la = =”
[Reply]
cybernetic88 Reply:
December 25th, 2011 at 11:31 am
@ZoOL, sdngkan dlm bntuk **** pun bley tngok ni plak gesture kn. haha
[Reply]
wtf! buahahahaha. makin mengade je
[Reply]
cybernetic88 Reply:
December 25th, 2011 at 7:11 pm
@kyrul, haha. ni peningkatan dlm teknologi. tp xbpe secure jgk kot kn. haha
[Reply]
wawauwww nihhh saya baru tau..saya pun di rumah baru windows 7,penasaran pengen nyoba nih..mantap kaya_nya.
[Reply]