VLC Versi 2.0 Dilepaskan Dengan Paparan Yang Lebih Menarik
VLC Versi 2.0 Dilepaskan Dengan Paparan Yang Lebih Menarik
Feb 21VLC baru sahaja melepaskan versi terbaru 2.0 bagi pemain video mereka yang popular untuk pengguna Mac dan juga Windows. Pemain video sumber terbuka tersebut adalah salah satu yang terbesar dari pemain video yang lain dan mempunyai peminat yang ramai.
Bagi mereka yang tidak mengetahui tentang VLC ini, ia pada dasarnya merupakan pemain video percuma yang boleh memainkan hampir mana-mana fail yang ada. Ia juga boleh memainkan video secara stream.
Versi baru mempunyai ciri-ciri termasuk :
- Lebih cepat menyahkod pada mesin pelbagai teras, perkakasan GPU dan mudah alih
- Keupayaan untuk membuka lebih banyak format
- Rendering saluran baru untuk video
- Sarikata berkualiti tinggi
- Penapis baru untuk meningkatkan video
- Sokongan BluRay
- UI baru, terutamanya untuk pengguna Mac
Muat turun VLC bagi Windows dan juga Mac di SINI
Nota Kaki : Antara pemain video yang terbaik pernah aku guna


[Reply]
cybernetic88 Reply:
February 21st, 2012 at 8:51 pm
@Salazryl, chronicle sje. haha. xpi xde lagi bluray la. pe celop.haha
[Reply]
Salazryl Reply:
February 21st, 2012 at 8:55 pm
@cybernetic88, Download jer kat piratebay… Hidup lanun! Haha
[Reply]
cybernetic88 Reply:
February 21st, 2012 at 9:14 pm
@Salazryl, ouh yeah torrent. haha. ok