Mencantikkan Paparan Bateri Pada Telefon Android Yang Belum Root Dengan ChargeBar

Mencantikkan Paparan Bateri Pada Telefon Android Yang Belum Root Dengan ChargeBar

Feb 21

Sesiapa yang telah menggunakan telefon Android yang menjalankan ROM mungkin anda tahu tentang pengubahsuaian tetapan yang ada di dalam ROM tersebut. Terima kasih kepada pembangun aplikasi Android kerana kini anda tidak perlu lagi root telefon Android anda bagi mengalami pengubahsuai tetapan pada telefon anda.

Pada tahun lepas, Tom Barrasso telah melepaskan aplikasi penyesuaian yang pertama untuk Android iaitu StatusBar+ dimana ia memberikan pengalaman pada telefon Android anda samaada yang telah root atau pun belum menggunakan statusbar seperti Windows Phone 7. Kini, beliau telah mengeluarkan satu lagi aplikasi Android iaitu ChargeBar yang memberikan telefon anda bar melintang pada bahagian atas status bar atau di bawah bagi menunjukkan berapa banyak bateri yang telah tinggal.

Aplikasi ini membolehkan anda memilih :

- Warna yang anda mahukan pada bar
- Samaada ia perlu animasi ketika mengecas ataupun tidak
- Jika ia harus bersembunyi pada aplikasi skrin penuh
- Jika ia hendak dipaparkan pada paparan skrin kunci
- Ketinggian bar dan juga kedudukan bar tersebut

ChargeBar boleh didapati sekarang secara percuma di Android Market. Jika anda suka, anda boleh menderma kepada pemaju menerusi aplikasi tersebut.

Nota Kaki : Satu peluang yang baik bagi pengguna yang ingin mencantikkan telefon android mereka tanpa memerlukan root terlebih dahulu :D

9 comments

  1. wahhh saya baru tau nihh,,,bermanfaat sekali bagi saya…
    thank untu informasi_nyhttp://www.cybernetic88.com/blog/wp-content/plugins/smilies-themer/tango/face-wink.pnga…

    [Reply]

    cybernetic88 Reply:

    @obat tradisional darah tinggi, terima kasih. slm knl :D

    [Reply]

  2. sama-sama gan salam kenal juga..
    kunjungi juga ke web saya di http://www.obatradisional.com/

    [Reply]

  3. Aku dah root semua la bro,… lagipun aku tak suka sangat guna custom themes ni,.. kalau masa mula dulu dok kemaruk ngan Android memang slalu jugak la tukar2 themes nih… sekarang dah malas nak tukar, lebih senang pakai yg sedia ada

    [Reply]

    cybernetic88 Reply:

    @shraqs, haha. sesetngh org ske nk cntikkn. modding. mcm aku. jadi xde la boring mne. keh2. tngok org la

    [Reply]

  4. Assalam…
    Menarik untuk di cuba tapi malas pulak nak tukar2 ni…

    [Reply]

    cybernetic88 Reply:

    @iza, waslm. haha. setting kjp je pn. bru pakaikn kat tepon kwn. cantik je nmpk :D

    [Reply]

  5. asyik2 android… untung ler bro.. utk tablet android leh ker nih..?

    [Reply]

  6. Terimakasih banyak atas informasinya..
    salam kenal dan semoga sukses :)
    keren bangeeeeet.

    [Reply]

Leave a Reply

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 14 + 15 ?
Please leave these two fields as-is:
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p