Cara Mendapatkan Storan 50GB Secara Percuma Pada Aplikasi Box Bagi Peranti Android
Cara Mendapatkan Storan 50GB Secara Percuma Pada Aplikasi Box Bagi Peranti Android
Dec 11Box untuk Android membolehkan anda melihat dan berkongsi fail dari mana-mana sahaja. Aplikasi ini menyediakan antara muka yang mudah, selamat untuk berkongsi fail, memudahkan pengguna untuk menyimpan fail-fail dalam talian, menghantar fail besar dengan cepat dan sebagainya.
Secara asasnya Box.net hanya menawarkan 50GB simpanan storan dalam talian (biasanya 5GB) kepada sesiapa sahaja yang menggunakan peranti LG atau Xperia. Jika anda tidak mempunyai mana-mana telefon tersebut anda masih boleh mendapatkan tawaran tersebut dengan mengedit bulid.prop di dalam sistem anda. Sebelum mengedit peranti android anda, cara yang akan saya ajarkan ini memerlukan anda root peranti terlebih dahulu.
Cara Untuk Mendapatkan 50GB Storan Percuma Pada Aplikasi Box :
1.) Muat turun Box dan pasangkannya pada peranti Android anda
Muat turun Aplikasi Box pada pasaran android anda di SINI atau di SINI (Multiupload)
2.) Gunakan aplikasi Root Explorer atau aplikasi seumpamannya untuk mengedit build.prop fail di dalam folder sistem (/system)
3.) Jika anda menggunakan aplikasi Root Explorer seperti saya tekan butang di atas sekali iaitu Mount R/W kepada Mount R/O sebelum mengedit build.prop. Seterusnya tekan lama pada fail build.prop dan pilih sebagai open in Text Editor
4.) Edit kedua-dua baris di bawah kelihatan seperti berikut :
ro.product.manufacturer=LGE
ro.product.model=VS910 4G
Di bawah adalah asal build.prop bagi peranti android saya sebelum mengeditnya :
ro.product.manufacturer=HTC
ro.product.model=HTC Desire
5.) Simpan dan tekan kembali butang Mount kepada asal iaitu Mount R/W. Reboot peranti android anda
6.) Seterusnya buka aplikasi Box dan daftarkan akaun baru padanya dan kemudian anda akan mendapat 50GB percuma bagi storan Box anda
Tawaran ini berakhir pada 31 Disember, jadi dapatkannya sebelum terlambat. Jangan lupa untuk memulihkan build.prop asal anda.
Sumber Asal : XDA Developer
Nota Kaki : Cepat2 dapatkan 50GB percuma sebelum tawaran tersebut berakhir







deng!!!smart seyh..
dropbox tak layan bro?
[Reply]
cybernetic88 Reply:
December 11th, 2011 at 4:03 pm
@phoenixstudio, haha. xlyn. yg ni storan dh besar. np nk amik yg kecik. ngee
[Reply]
50gb banyak tuh..tapi kan..
best la kalau dapat HTC tu kan kan..haha
[Reply]
cybernetic88 Reply:
December 11th, 2011 at 4:41 pm
@syahrilhafiz, bnyk sngt tu. haha. bukn sng dpt promotion cmni. nk register pn bukn men sng. email palsu pn bley je rgister. haha.
ouh? haha. meh trade
[Reply]
Terbaik ni bro..bukan sng nk dpt free smpai 50gb..skang jgk grab..
[Reply]
cybernetic88 Reply:
December 11th, 2011 at 4:42 pm
@EK, spe nk kasi bnda free cmni. klu x kne byr. hp lg ngn xperia je yg ptutnye dpt. haha
[Reply]
sebelum ni buat tawaran untuk ios. sekarang untuk LG dan Experia. em senang betul abuse untuk dapatkan 50gb. aku harap dropbox boleh buat tawaran camni.
[Reply]
cybernetic88 Reply:
December 11th, 2011 at 4:44 pm
@EddyGeek, yup. cmne la bley terpkir nk tukarkan phone kite jadi model len. haha. terbaik.
[Reply]
haha.. kotak ni rupanya.. tak baik tau, tipu diorg guna hax cmtu
[Reply]
cybernetic88 Reply:
December 12th, 2011 at 3:04 pm
@ZoOL, haha. ok la ni. buat promotion untk lg ngn xperia je. lg xbek?? haha!
[Reply]
salam bro, ley minx tlong tak? hehe,,
nh, eden ade masok pertandign facebook nh, kalau nak dpt point, kne tekan special link yg dye generate, tpi mslah nyer, kalau ambo dah tekan, dye dah detect facebook ngn ip ambo, so ade x program yg buleh wat multiple click utk link facebook atau twitter (social networking site) sbb nyo link th hnye boleh diakses kalau kite login kt memane website nh hehe,,
*sajo ngengade ngn admin
[Reply]
cybernetic88 Reply:
December 13th, 2011 at 9:00 pm
@shapo, ouh. nk men fraud click la ni. aha. lol. huhu. pkai proxy?. tp tu detect by ip je. yg fcbook la. create multi facebook. buat bnyk2. haha
[Reply]
Ini memang penyambung nyawa la bro. Aku pasti akan buat. Selama ni aku pakai Dropbox ngan ASUS WebStorage je. TQ bro.
[Reply]
cybernetic88 Reply:
December 13th, 2011 at 8:52 pm
@shraqs, ouh ic. hee. ur welcome bro
[Reply]
shraqs Reply:
December 14th, 2011 at 12:40 pm
@cybernetic88,
Dah dapat dah bro. TQ
[Reply]
cybernetic88 Reply:
December 14th, 2011 at 8:00 pm
@shraqs, ur welcome bro
la. leh plak edit macam tu ka..
[Reply]
cybernetic88 Reply:
December 13th, 2011 at 8:52 pm
@titan, haha. mmng bley la tu dh ade. kah3.
[Reply]